me-hachi
Buat suami yang dikasihi, Alisha Adnain dan Alfeey Adham, permata hati ibu dan abah
Friday, April 6, 2012
Hak Milik
Setelah 8 tahun, akhirnya WLR milik saya sepenuhnya. Dah tak de hutang pun dengan RHB. Hehehe... WLR kereta pertama saya sejak 2004 yang saya panggil kete kebal. Banyak jasa kereta ni dengan saya malah dengan kereta inilah, berlakunya peristiwa yang hampir meragut nyawa saya, mak dan adik bongsu pada 2007. Alhamdulillah, walaupun agak teruk kemalangan itu, WLR masih boleh diperbaiki dan diguna tanpa masalah sehingga sekarang.
Tapi sejak 2010, saya dah tak guna WLR lagi. Abah saya yang pakai di kampung. Saya cuma renew insurans dan road tax saja. Hehehehe....Sebabnya lepas Alisha lahir je, terus saya dan suami beli MPV yang kami guna sekarang. Selesa lah sikit bila nak travel jauh2. Hehehehe... (senang je buat hutang kan?) Tak mengapalah..janji anak2 selesa.
Thursday, April 5, 2012
Kuda aka Carousel aka Merry Go Round
"Ibu...kakak nak naik kuda!"
Hehehe.... siap ada tanda seru lagi. Nak menunjukkan betapa kuat dan tegas nya suara Alisha. Memang favorite dia. Kalau pergi IOI Mall Puchong, masuk je entrance tu, dia akan meluru lari ke arah mini carousel tu. Adeh....kakak ni, tak nyempat2.
Sebelum ada Alfeey dulu, tiap-tiap minggu saya akan bawa Alisha ke IOI untuk main kuda pusing ni. Dapat dua round, kitaorang akan naik kat playground dalam jusco tu pulak untuk main. Tak terkejar bila dia dapat main. Alisha pulak senang berkawan.
Jom...tengok gambar2 Alisha ngan kuda pusing dia.
Semua gambar ni, ibu lah yang ambil. Sejak ada Alfeey ni, susah lah sikit nak bawa Alisha naik kuda. Nasib baik abah balik bercuti lama sikit. So, hari2 lepas ibu balik kerja, kami ke IOI semata2 untuk Alisha naik kuda.
"OK ye kakak...... kita tunggu abah balik next month pula ye baru naik kuda." :)
Kat playground pun nak naik kuda jugak
Last but not least.... TQ abah sebab belikan kakak kuda kayu ni.
Sekian. Hehehehe.....
Tuesday, April 3, 2012
Masalah keguguran rambut
Friday, March 23, 2012
What I found today - Fabric Letters
I fell in love with these fabric letters from Little Things Bring Me Smile.
Alisha: Please be ready. This is going to be our future weekend project ye.
Get Clean Water Pitcher
Saya bukan lah seorang pengedar produk Shaklee, malahan ahli pun bukan. Tapi saya merupakan salah seorang pengguna produk Shaklee. Tak nak cerita pasal produk-produk Shaklee yang dah saya amalkan tapi saya nak cerita tentang Get Clean WaterPitcher.
gambar dari blog MamaFaiz
Ini yang saya dapat dari pengedar Shaklee iaitu set Starter Pack Get Clean Water Pitcher. Dengan kos yang mampu milik :) Terima kasih kepada Mama Faiz. Tak payah nak pening kepala nak install bagai dekat sumber air. Maklumlah saya duduk rumah tingkat. Keluasan dapur tidak mengizinkan saya memasang segala bagai benda2 macam ni. Hahahaha....
Excited lebih bila nampak kotak Shaklee masuk office. "hehehe...barang i dah sampai." kata saya dalam hati. Bawa balik rumah terus je cuci dan pasang. Oppss... tak boleh guna terus, filter tu saya kena cuci dan rendam dulu selama satu jam. (saya sabar ye... lebih dari sejam sya rendam). Lepas siap semua, saya pun masukkan air dan biarkan air dalam pitcher tu. Yang ni direct dari air paip tau. Ambil segelas dan rasa sikit. Wah.....(kagum). Tak rasa macam air paip yang selalu saya masak tu pun. Terasa lebih ringan (kalau dah rasa baru boleh faham apa yang saya cakap ni ye). Tapi oleh sebab dah biasa minum air yang dimasak, jadi saya gunakan air yang telah ditapis tu untuk dimasak dan baru simpan dalam bekas lain untuk diminum seharian. Alhamdulillah, dah hari ketiga saya guna....tiada langsung keladak di dalam bekas simpanan air. Sebelum ni, baru setengah hari saja simpan air sudah berkeladak bekas air tu.
Anyway, kalau ada sesiapa yang baca ni berminat nak guna. Sangatlah saya galakkan.
:)
Sedikit info mengenai Get Clean Water Pitcher yang saya copy dari blog Mama Faiz,
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Tuesday, March 20, 2012
Perkongsian Dari Hati..
Baca blog Wardina. Suka tengok Wardina sekarang. Semoga Allah senantiasa memberi hidayah kepada saya.
Perkongsian Dari Hati..
Perkongsian Dari Hati..
Tuesday, March 13, 2012
Petua hilangkan batuk dan selsema pada bayi.
Sejak seminggu lepas, kakak dan adik bergilir kurang sihat. Mula2 kakak demam, lepas dua hari adik pulak yang kena. Demam baru nak ok, kakak kena selsema pulak. Asyik meleleh saja hidung :( Apalagi, adik pulak terkena selsema. Kesian adik.....tidur pun jadi tak lena. Belum habis selsema, kakak batuk pula. Terjangkit lagi adik. Memang ambil giliran betul.
Sekurang2nya Alisha dah pandai hembus hidung dan ludah kahak bila batuk. Lepas dua hari makan ubat, kakak semakin sembuh. Tapi Alfeey masih lagi ada selsema dan batuknya. Sampai meleh air mata bila batuk. Sekali sekala, kedengaran bunyi kahak.
Hantar taska pagi tadi pun, Alfeey batuk tak berhenti. Kesian anak ibu. Mujur malam tadi, adik tidur lena lepas saya sapu kunyit yang ditumbuk dan dicampur minyak masak kat dada dan belakangnya. Ini petua yang saya dapat malam tadi bila saya meng'google' petua untuk hilangkan batu pada bayi.
Beberapa petua lain yang saya jumpa adalah:
1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.
2. Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
3. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
4. Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
5. Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
Saya guna cara yang kedua. Kunyit hidup. Tapi saya tumbuk terus dalam lesung batu. Campur dengan minyak masak dan sapu di dada dan belakang Alfeey.
InsyaAllah, semoga batuk dan selsema Alfeey akan hilang. Kasihan anak2 bila mereka tak sihat macam ni. Tidur jadi tak lena dan selera makan pun hilang. Sebagai ibu, saya tidak kisah berjaga malam untuk menjaga mereka. Asalkan anak2 sihat saja.

Subscribe to:
Posts (Atom)